Wednesday, September 3, 2008

Mukjizat ( Al Quran )

MUQADDIMAH

Al Quran merupakan kitab suci dan mukjizat, diturunkan oleh Allah SWT ke atas Rasulallah SAW melalui Malaikat Jibril pada hari Baginda dilantik menjadi rasul akhir zaman.Pada masa yang sama al Quran merupakan panduan hidup muslim di atas muka bumi.

Pada masa yang sama kita menyakini bahawa al Quran merupakan satu kebenaran yang datang daripada Allah SWT dan mukjizat ( perkara yang tidak mampu akal memikirkan dan mendapatinya ).Mukjizat yang diturunkan kepada para nabi dan rasul mengikut kesesuaian dan keadaan pada masa itu.

Contoh – contoh lain :

( a ) Nabi Isa a.s

· Boleh menyembuh penyakit : sopak, buta dan menghidupkan yang mati dengan izin Allah

· Dilahirkan tanpa bapa

· Boleh bercakap semasa Baginda masih kecil

Firman Allah SWT

Maksudnya : “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi # Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup # Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka # Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali ” Surah Maryam, ayat 30 – 33

( b ) Nabi Ibahim a.s

· Api menjadi sejuk ketikamana namrud mengarahkan Baginda di bakar kerana menyeru dan mengajak menyembah Allah SWT.

Firman Allah SWT

Maksudnya : “Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim ” Surah al Anbiyaa’, ayat 69

Dijelaskan bahawa mukjizat yang diberikan kepada nabi terdahulu adalah bersifat حسية ( yang boleh dilihat, tidak melambangkan ketingganya ) , adapun mukjizat yang diberikan kepada Rasulallah SAW bersifat معنوى ( dibaca pada setiap zaman dan kurun, menceritakan perkara – perkara ghaib ) kerana al Quran itu adalah untuk ditutur, diselidik serta ianya menerangkan hukum – hukum yang terdapat di dalam Syariat Islamiah.Selain daripada itu, Allah SWT memberi jaminan akan sendiri menjaga kesucian al Quran sepetrtimana firmanNya

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya ” Surah al Hijr, ayat 9

Adapun mukjizat nabi – nabi terdahulu adalah untuk kaum dan zaman mereka sahaja, berbanding dengan al Quran diguna pakai bermula zaman Rasulalallah SAW sehinggalah ke hari kiamat.Al Quran memiliki darjatnya yang tinggi di sisi Allah SWT kerana manusia dan makhluk yang lain tidak mampu untuk mengetahui perkara – perkara yang terkandung di dalamnya jika tidak dijelaskan oleh Rasulallah SAW.

Sesungguhnya al Quran itu diturunkan untuk membawa kebenaran dan memerangi kebatilan, ianya merupakan hujjah AllahSWT ke atas makhlukNya, dan hujjah Nabi SAW dalam risalahNya, rujukan dalam semua perkara dan ianya merupakan jalan yang lurus tidak ada ragu baginya kerana ia adalah dialog Allah SWT kepada manusia.

Sabda Nabi SAW

روى الترمذى بسنده عن على بن أبى طالب رضى الله عنه ، وكرم وجهه فى الجنة أنه قال : (( سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ستكون فتن كقطع الليل المظلم ، قلت : يا رسول الله وما المخرج منها ؟ قال : كتاب الله تبارك وتعالى فيه نبأ من قبلكم ، وخير ما بعدكم ، وحكم ما بينكم ، هو الفضل ليس بالهزل ، من تركه من جبار قصمه الله ، ومن ابتغى الهدى فى غيره أضله الله ، هو الحبل الله المتين ، ونوره المبين ، والذكر الحكيم ، والصراط المستقيم ، وهو الذى لا تزيع به الأهواء ، ولا تلتبس به الألسنة ، ولا تتسعب معه الاراء ، ولا يشبع منه العلماء ، ولا يمله الأتقياء ، ولا يخلق على كثرة الرد ، ولا تنقضى عجائبه ، وهو الذى لم تنته الجن اذ سمعته أن قالوا انا سمعنا قرانا عجبا يهدى الى الرشد ، من علم علمه سبق ، ومن قال به صدق ، ومن حكم به عدل ، ومن عمل به أجر ، ومن دعا اليه هدى الى صراط مستقيم ، خذها اليك يا أعور ))

Justeru, kita tidak dapat menafikan kebenaran dan kelebihan al Quran dengan kitab – kitab suci para nabi sebelum ini.Al Quran mengingatkan manusia akan perkara yang telah berlalu ( baik @ buruk ), semassa dan akan datang yang berkaitan dengan seluruh kehidupan manusia di dunia.

Allah SWT menjamin kesucian al Quran dan kitab yang sempurna sepertimana firmanNya

Maksudnya : “Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun ” Suah az Zumar, ayat 23

No comments: