Wednesday, November 7, 2007

" JANGAN LEPASKAN PELUANG, JIKA PELUANG DIMILIKI "
" SETIAP KERJA YANG BERSUNGGUH - SUNGGUH, PASTI ADA GANJARANNYA "
Falsafah ini selalu diungkapkan oleh " Usahawan - usahawan & Korporat- korporat dan mereka yang berniaga ".Selaku Muslim kita setuju dengan ungkapan ini kerana ianya datang daripada ajaran Islam.
' PELUANG ' merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada manusia.Kita tidak merancang tetapi Allah yang tentukan.Setiap peluang yang Allah berikan dan sediakan bukanlah sia - sia, tetapi kekadang manusia tidak pandai mengurus dan menyelainya.Justeru, ' PELUANG ' yang kita dapat dan miliki mestilah diurus dengan baik dan bijak untuk mendapat hasil yang sebaiknya.
' PELUANG ' & ' KERJA ' mempunyai hubungan yang rapat, umpama aur dengan tebing.Kita mungkin tidak bekerja jika tidak diberi peluang.
Mesti diambil perhatian, ' PELUANG ' & ' KERJA ' yang diberikan mestilah tidak bercanggah dengan Syariat Islam.Jika ianya bertentangan dengan ajaran Islam, maka kita wajib menolaknya secara serta - merta.Janganlah kita jadikan " MATLAMAT MENGHALALKAN CARA " yang mana ianya akan menyebabkan Akidah Islamiah yang kita anuti akan tergugat.

Monday, October 29, 2007

" KEKUATAN UMAT MUHAMMAD SAW ADALAH AL QURAN "
Kita berasa bangga kerana kita adalah UMAT MUHAMMAD SAW.Kita berasa bangga kerana kita MEMILIKI AL QURAN...
AL QURAN merupakan ubat segala penyakit.AL QURAN merupakan penenang jiwa.AL QURAN merupakan PERLEMBAGAAN UMAT ISLAM.AL QURAN merupakan hadiah yang paling istimewa daripada Allah SWT buat UMAT MUHAMMAD SAW...
Justeru, kenapakah kita masih lagi pekak ( tidak mahu mendengar kebenaran AL QURAN ),,bisu ( tidak mahu membaca AL QURAN ),,buta ( tidak mahu mengkaji dan melihat kebesaran Allah SWT ),,,
Insaflah wahai saudara - saudaraku sekalian.Sesungguhnya AL QURAN akan memberi SYAFAAT kepada kita sekalian di akhirat nanti.
Janganlah sesekali kita mengenetepikan ajaran AL QURAN kerana ianya adalah perintah lansung daripada Allah SWT..Janganlah kita menjadi UMAT yang dimurkai oleh Allah SWT...
" JADIKANLAH AL QURAN sebagai wirid harian.Dalamilah & kajilah tuntutan - tuntutan yang terdapat di dalam AL QURAN, mudah - mudahan kita menjadi insan yang DISAYANGI dan DIKASIHI oleh Allah SWT "

Tuesday, October 16, 2007

" AL AZHAR, PUSAT TARBIYYAH "
Al Azhar bukan sahaja sebagai GEDUNG ILMU, malah ianya merupakan PUSAT TARBIYYAH generasi ULAMA', dulu, kini dan selmanya..
Kita tidak dapat nafikan keizzahannya serta kekuatannya pada kaca mata umat ISLAM seluruh dunia.Kemampuannya melahirkan generasi ULAMA ISLAM pastinya menggerunkan musuh..
Tetapi, kenapakah akhir - akhir ini, kredibilitinya digugat dan dipertikaikannya,,adakah disebabkan ULAMA' - ULAMA' yang memimpin Al Azhar kini hilang IZZAHNYA !!!!! Ataupun generasi keluarannya tidak bertindak menjalankan tugas menyampaikan DAKWAH ISLAMIAH ke seluruh DUNIA ???
Maka sama - samalah kita renungi persoalan - persoalan ini dengan secara BIJAK untuk mengkoreksi kembali diri yang bergelar AL AZHARI...
Teringat akan pesanan Saidina UMAR al Khattab " Kita adalah golongan yang diizzahkan dengan Islam, Celakalah bagi mereka yang mencari keizzahan ( kekuatan ) selain daripada ISLAM ",,,,
" PALESTIN "
Berkata seorang cendiakawan ISLAM " Sesiapa yang menakluk BAITUL MAQDIS, maka dia akan kuasai DUNIA "
Sejarah telah membuktikan bahawa NAMRUD telah menakluk Baitul Maqdis suatu masa dahulu, maka dia menguasai DUNIA
Kerajaan ROM juga pernah menakluk Baitul Maqdis, maka mereka menguasai DUNIA.
Selepas daripada itu, SAIDINA UMAR al Khattab telah membebaskan Baitul Maqdis daripada penjajah, maka ISLAM telah menguasai dunia.
Tapi hari ini, YAHUDI kembali menjajah Baitul Maqdis, maka mereka menguasai DUNIA.
Oleh itu, terpundak di atas bahu kita untuk menyatukan kembali KESATUAN ISLAM untuk membebaskan PALESTIN khususnya Baitul Maqdis daripada penjajah.
Garapkanlah segala jenis kekuatan untuk berhadapan dengan MEREKA.Kita tidak punyai masa untuk berlengah - lengah.Masa berlalu begitu cepat tanpa menghiraukan kita.
Justeru, bangunlah daripada lamunan tidur untuk kita tangkas memerangi mereka serta membebaskan kembali BAITUL MAQDIS,,Allahu Akbar !
Assalamualaikum,,,
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN "
Saya mengucapkan kepada saudara - saudara, sahabat - sahabat dan teman - teman yang mengenali diri saya.
Semoga kita sama - sama dapat mengecapi madrasah Ramadhan dengan penuh keimanan dan kita keluar menjadi seorang MUJAHID AGUNG..yang akan memartabatkan ISLAM ...Allahu Akbar !

Wednesday, October 10, 2007

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta perkenan daripadaNya, saya dapat menyiapkan Blog ini supaya ianya dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap dakwah Islamiah ke seluruh pelusuk dunia.
InsyaAllah saya akan usaha sedaya - upaya untuk memberikan sumbangan kepada Dakwah untuk mengembangkan Islam,,,,Amin