" JANGAN LEPASKAN PELUANG, JIKA PELUANG DIMILIKI "
" SETIAP KERJA YANG BERSUNGGUH - SUNGGUH, PASTI ADA GANJARANNYA "
Falsafah ini selalu diungkapkan oleh " Usahawan - usahawan & Korporat- korporat dan mereka yang berniaga ".Selaku Muslim kita setuju dengan ungkapan ini kerana ianya datang daripada ajaran Islam.
' PELUANG ' merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada manusia.Kita tidak merancang tetapi Allah yang tentukan.Setiap peluang yang Allah berikan dan sediakan bukanlah sia - sia, tetapi kekadang manusia tidak pandai mengurus dan menyelainya.Justeru, ' PELUANG ' yang kita dapat dan miliki mestilah diurus dengan baik dan bijak untuk mendapat hasil yang sebaiknya.
' PELUANG ' & ' KERJA ' mempunyai hubungan yang rapat, umpama aur dengan tebing.Kita mungkin tidak bekerja jika tidak diberi peluang.
Mesti diambil perhatian, ' PELUANG ' & ' KERJA ' yang diberikan mestilah tidak bercanggah dengan Syariat Islam.Jika ianya bertentangan dengan ajaran Islam, maka kita wajib menolaknya secara serta - merta.Janganlah kita jadikan " MATLAMAT MENGHALALKAN CARA " yang mana ianya akan menyebabkan Akidah Islamiah yang kita anuti akan tergugat.